Powered By Blogger

March 27, 2012

phone call


Pernahkah anda sakit hati kepada seseorang dan seseorang tu tetap menghubungi anda. Bagaimana mahu melayan. Ini ada 12 cara menjawab telefon yang boleh dipraktikan. Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah… dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jom kita tengok apakah 12 cara menjawab telefon paling kerek sekali.


1. Soalan: Haloo, 
may i speak to bedah please?
Jawapan: Maap. sini bukan balai polis.

2. Soalan: Haloo, siapa disana?
Jawapan: Ntah. saya kat sini, mane le saya tau sape kat sane..

3. Soalan: Haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: Nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

4. Soalan: Haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: Maap cik, nombor tak boleh disambung, hanye boleh dicampur.

5. Soalan: Haloo, mak ade rumah?
Jawapan: Mak takde rumah. Bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

7. Soalan: Boleh saya bercakap ngan Siti?
Jawapan: Maap. Nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye… time kacih.

8. Soalan: Haloo, tolong panggilkan Samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: Sila panggil sendiri. saya sibuk. maap

9. Soalan: Halloo… …
Jawapan: Haloo. Pusat sakit mental disini. Anda ingin mendaftar?

10. Soalan: Haloo, saya nak tumpang bertanya…
Jawapan: Maap. Ini bukan kaunter pertanyaan.

11. Soalan: Haloo, Betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: Sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.

12. Soalan: Assalammualaikum…
Jawapan: Waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib jawab)


Cara Sengal Untuk Cover Malu cara MediaSerius.





 Korang mesti cuba semua cara-cara ini bergantung pada keadaan anda..

1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai…lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..

2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak…

3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus…

4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan….

5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat..”oi! apa tolak-tolak ni?” walaupun tiada orang di blakang anda….

6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu…haa…ni lah masa sesuai untuk bangun semula….

7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu…ye tak?.



‎8. Kalau anda diketawakan rakan kerana tidur di ofis sampai terkeluar air liur basi, anda hendaklah bangun dalam keadaan separuh sedar kemudian buat-buat seperti terkena sawan sambil keluarkan lebih banyak air liur. Dijamin rakan anda akan panik dan berhenti ketawa.

9. Kalau anda tersilap tegur orang yang tak dikenali, teruskan menegur dan keluarkan duit seperti anda berhutang dengannya. Mesti dia akan mengaku anda kenalannya.

10. Jika anda ditegur rakan kerana zip seluar terbuka, jawablah dengan selamba badak bahawa “inilah gaya fesyen terbaru”ataupun katakan bahawa zip itu rosak sambil berfalsampah “biar rosak zip, jangan rosak akhlak!”.

11. Kalau anda bercakap seorang diri kerana member tertinggal di belakang, jangan panik! Teruskan bercakap dan ketawa seorang diri seperti pontianak harum sundal malam sambil menyumpah member anda. Tiada orang yang akan gelakkan anda kerana menyangka anda ada masalah mental yang kronik.

12. Jika anda tersalah masuk tandas wanita, apa yang perlu anda buat adalah buat muka gelabah biawak dan cemas kalau boleh beraksi macam biawak sambil berlakon ingin mencari isteri yang masuk tak keluar-keluar selepas sejam menunggu.