Powered By Blogger

January 31, 2012

surat untuk calon isteriku







Assalamualaikum wrh wbt


Untuk Bunda , calon isteriku . . .


Tangan ini menulis sesuatu tantang apa yang ada di lubuk hatiku . Aku mulai bertanya-tanya apakah aku sudah seharusnya mulai mencari sebahagian diriku yang hilang . Bukanlah niat ini disertai nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya . Seringkali aku mendengar ungkapan "Kau tercipta untukku."


Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya maksud kalimat itu kerana diliputi oleh hawa nafsu . Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku , baru kini aku mengerti bahawa pada suatu hari NANTI aku harus mengambil satu TANGGUNGJAWAB yang memang dicipta khusus untuk diriku , iaitu DIRIMU . Aku mulai mempersiapkan diri dari segi fizikal , spiritual dan juga intelektual untuk BERTEMU denganmu .


Aku mahu pada pertemuan kita yang pertama aku kelihatan 'sempurna' di hadapanmu meskipun pada hakikatnya masih banyak lagi kelemahan pada diriku ini . Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku wujudkan ketika dipertemukan dengan dirimu . Aku cuba membatasi hubungan pembicaraan dengan wanita lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah SEBAHAGIAN DARIPADAKU dan hakmu mengetahui segala dan zahir diriku ini .


Apabila aku memakai kopiah , aku disangka ustaz . Apabila aku memakai jubah , aku disangka syeikh . Lidahku mengajak manusia ke arah makruf disangkai da'i . Bukan itu yang aku pinta kerana aku hanya mengharap keredhaan Allah . Yang aku takuti , diriku mulai didekati wanita kerana paras rupaku dan perwatakanku . Baik yang indah berjilbab atau yang ketat ber t-shirt , semuanya singgah disisiku . Aku risau imanku akan lemah . Diriku tidak dapat menahan fitnah ini . Rasulullah s.a.w pernah bersabda : "Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita"


Jiwa remajaku ini mulai mencari cintanya dan kehadiran seorang wanita amat didambakan . Setiap kali aku merasakannya , aku mengenangkan dirimu . Di sana engkau setia MENUNGGU diriku , tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana . Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku di samping aku mengajukan sendiri doa melindungi diri .


Bukan harta , rupa paras dan keturunan yang aku lihat dalam mencari dirimu . Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita . Ketika di mana aku akan MELAMARMU , akan kulihat wajahmu sekilas agar tercipta keserasian di antara kita kerana itu pesan Nabi kita . Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta , wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah bak delima tetapi cukuplah cuma akidah sekuat akar , ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi .


"Nikahilah wanita kerana empat perkara : keturunannya , hartanya , rupanya dan agamanya . Dan jika kamu memilih AGAMA engkau tidak akan menyesal ."


Jika aku dipertemukan dengan dirimu , akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya . Akan kujadikan syara' sebagai pembatas diri kita . Akan kujadikan AKAD NIKAH itu sebagai cop HALAL untuk mendapatkan dirimu . Birlah kita mengikut amalan nenek moyang kita , Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan PERNIKAHAN yang menjanjikan ketenangan jiwa , ketenteraman hati dan kedamaian batin . Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam mencari misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku .


Waalaikumsalam wrh wbt



surat untuk calon suamiku



Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh . . .





Ke hadapan calon suamiku . . .

     Apa khabarnya imanmu hari ini ? Sudahkah harimu ini diawali dengan rasa syukur kerana dapat menatap kembali fananya hidup ini ? Sudahkah air wuduk menyegarkan kembali ingatanmu atas amanah yang ketika ini sedang engkau genggam ?

Wahai calon suamiku . . .

     Tahukah engkau betapa Allah sangat mencintaiku dengan dahsyatnya ? Di sini aku dilatih untuk menjadi dewasa , agar aku lebih bijak menyingkapi sebuah kehidupan dan sedia mendampingimu kelak . Meskipun kadang-kala keluh dan putus asa menghampiri , namun kini kurasakan diri ini lebih baik .

     Kadang-kala aku bertanya-tanya , mengapa Allah selalu menguji tepat di hatiku . Bahagian terlemah diriku , namun aku tahu jawabnya . Allah tahu di mana tempat yang paling tepat agar aku sentiasa kembali mengingati-Nya , kembali mencintai-Nya . Ujian demi ujian insya-Allah membuat aku menjadi lebih kuat , sehingga ketika kelak kita bertemu , engkau berbangga memiliki aku dihatimu , menemani harimu .

Calon suamiku . . .

     Entah dimana dirimu sekarang . Tetapi aku yakin Allah pun mencintaimu sebagaimana Dia mencintaiku . Aku yakin Dia kini sedang melatihmu menjadi mujahid yang hebat , hingga aku bangga memilikimu kelak . Apa yang ku harapkan daripadamu adalah kesolehan . Semoga sama halnya dengan dirimu . Kerana apabila kecantikan yang engkau harapkan daripadaku , hanya kesia-siaan yang engkau dapatkan .

     Aku masih hauskan ilmu . Namun berbekalkan ilmu yang ada ketika ini , aku berharap dapat menjadi isteri yang mendapat keredhaan Allah dan dirimu , suamiku .

Wahai calon suamiku . . .

     Ketika aku masih di bawah jagaan ayah dan ibuku , tidak lain doaku agar menjadi anak yang solehah , agar kelak dapat menjadi tabungan keduanya di akhirat . Namun nanti , setelah menjadi isterimu , aku berharap menjadi pendampingmu yang solehah agar kelak di syurga hanya aku yang menjadi bidadarimu , mendampingi dirimu yang soleh .

     Aku ini seorang yang cemburu . Tetapi kalau Allah dan Rasulullah lebih engkau cintai daripada aku , aku rela . Aku harap begitu pula dirimu .

     Pernah suatu ketika aku membaca sebuah kisah ; "Aku minta pada Allah setangkai bunga yang segar , Dia memberiku kaktus berduri . Aku minta kepada Allah haiwan kecil dan cantik , Dia memberiku ulat bulu . Aku sempat merasa kecewa . Betapa tidak adilnya dunia ini .

     Namun kemudian , kaktus berduri itu berbunga indah . Dan ulat pula berubah menjadi kupu-kupu yang sangat cantik . Itulah Allah , Dia tidak memberi apa yang kita inginkan , tetapi Dia memberi apa yang kita perlukan . "


     Aku yakin engkaulah yang aku perlukan , meski bukan seperti yang aku harapkan .


Calon suamiku yang dirahmati Allah . . .


     Apabila hanya sebuah gubuk menjadi perahu pernikahan kita , tidak akan kunamakan ia gubuk derita . Kerana itulah markas dakwah kita , dan akan menjadi indah ketika kita hiasi dengan cinta dan kasih sayang .


     Ketika kelak lahir generasi penerus dakwah Islam daripada pernikahan kita , bantu aku mendidiknya dengan harta yang halal , dengan ilmu yang bermanfaat , terutama dengan menanamkan pada diri mereka ketaatan kepada Allah . Bunga akan indah pada waktunya . Ia akan mekar menghiasi taman  . Maka kini sedang kupersiapkan diri ini sebaik-baiknya , bersedia menyambut kehadiranmu dalam kehidupanku .


     Kini aku sedang belajar menjadi yang terbaik . Meski bukan umat yang terbaik , tetapi setidaknya menjadi yang terbaik di sisimu kelak


Calon suamiku . . .


     Inilah sekilas harapan yang kuukirkan dalam rangkaian kata . Seperti kata orang , tidak semua yang dirasakan dapat diungkapkan dengan kata-kata . Itulah yang kuhadapi kini . Kelak bila kita bersama , di situlah engkau akan memahami diriku , sama halnya dengan diriku yang akan belajar memahamimu .


     Hidup ini indah bila engkau selalu hadir di sisiku di setiap waktu , hingga aku hembuskan nafas yang terakhir .


Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh . . .

January 26, 2012

berpisah tanpa menyakitkan

berpisah slalu nya menyakitkan tetapi ia tak semestinya mencalarkan jiwa kite . kalau sudah tidak menemui titik persefahaman , sebaik-baiknya berpisah adalah jln terbaik . bgaimana kite nk berpisah tnpa menyakitkan hati kedua belah pihak ??



pilih masa yg sesuai
jgn berpisah dgn pasangan di khalayak ramai . kalau ianya terjadi jgn meninggikan suara di hdapan pasangan . ini bagi memastikan aib pasangan terpelihara n tidak memalukan dirinya . sebaiknya pilihlah masa yg sesuai utk bercakap soal ini . pilihlah juga tmpt sesuai sperti rumah n sebagainya


jgn bertangguh
tak dinafikan , memutuskan hbngn tidak semudah utk membinanya . namun jika tiada jln penyelesaian antara kite dan pasangan, sebaiknya kata putus perlu diambil . berterus teranglah dgn pasangan . dia tentu akan bertanya mengapa hbngn ini mahu diputuskan dan kite perlu mempunyai jwpn yg kukuh . kite harus bersedia mental dan fizikal


matang
kite dh bersama pasangan dalam jangka masa yg tertentu . seharusnya kite matang dlm berfikir . jgn sesekali menghantar 1 mesej pendek menamatkan hbngn kite dgn dier . beranilah hadapi situasi ini dan bertemulah dirinya utk menyatakan bhwa perhubungan ini perlu ditamatkan

January 18, 2012

blueberry chesse tart

this time i nk share dgn k0rg smue resepi tuk bt blueberry chesse tart




Bahan-bahan yg diperlukan :

bahan-bahan utk pastri:
200gm mentega ataupun marjerin
100gm gula aising
1/2 sudu teh esen vanila
1 bji tel0r ayam
420gm tepung
1 sudu teh susu tepung

bahan-bahan utk inti:
blueberry chesse
250gm krim keju
50gm gula
25gm mentega ataupun marjerin 
1 bji tel0r ayam
25gm krim putar
20gm tepung


Cara-cara membuatnya:

untuk pastri

1-  masukkan marjerin ke dalam pengadun
2-  masukkan tepung dan putar utk seketika
3-  masukkan esen vanilla , tel0r dan susu tepung . putar lagi smpi btul2 sebati
4-  ambil sikit dan masukkan ke dalam acuan pastri
5-  bkar pada suhu 150 darjah celcius selama 10 mnt

untuk inti

1-  masukkan krim keju dan marjerin ke dalam mangkuk pengadun dan putar smpi sebati
2-  setelah krim keju dan marjerin hampir sebati , masukkan tel0r dan putar lagi
3-  masukkan krim putar dan putar perlahan-lahan
4-  last skali , masukkan tepung dan putar lgi smpi smue bahan tadi btul2 sebati
5-  masukkan adunan ke dalam tiub supaya senang untuk diletakkan ke dalam atas acuan pastri
6-  letakkan adunan tadi ke dalam pastri yg siap dibakar
7-  hiaskan dgn blueberry
8-  bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 10-20 mnt

p/s: adunan untuk 20-30 biji mini tart

selamat mencuba ^_^

tips utk bangkitkan kembali rasa cinta

this time i nk bertukar menjadi d0ktor love 
baru2 nie i ade terbaca tips2 utk membangkitkan rasa cinta . rasa mcm nk share je dgn smue org tips tue


1 -  kembalikan mem0ri percintaan pertama kali pertemuan , praktikkan dalam kehidupan sekarang . nescaya pasangan rasa bahagia

2-  hadiahkan pasangan dengan air tangan yg menjadi kegemarannya . biarpun rasanya takde la sehebat h0tel tapi ia bermakna kerana disediakan oleh insan yg dicintai

3-  ingt kembali , bilakah kali terakhir kita menghadiahkan pujian kpda pasangan . usah begitu kerana sebaiknya , pujilah dia setiap hari biarpun ucapannya lebih kurang sama

4-  berikan kejutan di waktu hujung minggu . mungkin menonton tayangan yg digemari atau makan malam istimewa . tentu menyeronokkan 

5-  skali skala lepaskan pasangan utk melakukan aktiviti bersama kwn-kwn nya . mungkin dia teringin bertukar cerita tentang jualan murah atau meninjau gajet terkini yg ada di pasaran

^_^